Kebergantungan pada peta tidak diragui lebih-lebih lagi apabila ada

Kebergantungan manusia terhadap sumber
maklumat yang tepat dan sahih adalah suatu perkara tidak dapat disangkal
lagi.  Landasan menerima seberapa banyak
maklumat semakin besar.  Cabang-cabang
maklumat pada mutakhir ini terus diperkasakan oleh banyak pihak samada di luar
atau di dalam negara.  Peta amat sinonim
kepada manusia kerana ia berteraskan kepada maklumat yang ringkat dan
padat. 

Medium yang ada pada peta ialah
bersifatkan jangka hayat yang lama. 
Tidak kisah samada peta itu dirujukan sebagai peta yang nyata atau
sebenar bahkan melalui peta digital juga maklumat itu terus sampai ke pengguna.  Sebagai contoh, pelancong-pelancong asing
yang datang ke negara terlebih dahulu menyemak dan melihat struktur peta dan
apa yang ada di negara kita sebelum mereka pergi.  Jarak tempat yang dituju, keadaan permukaan
bumi kita, cuaca, masa, persekitaran antara faktor yang dititik beratkan oleh
masyarakat dunia. 

We Will Write a Custom Essay Specifically
For You For Only $13.90/page!


order now

Mereka bukan hanya datang tanpa usul
periksa malah mereka lebih mengerti daripada masyarakat tempatan.  Dari situlah kita melihat secara dasarnya
bahawa peta telah mengubah persepsi seseorang terhadap sesebuah kawasan,
lokasi, penempatan dan taburan penduduk. 
Maklumat yang ada pada peta tidak diragui lebih-lebih lagi apabila ada
badan yang mengawal selia pemetaan negara begitu juga di dunia yang mempunyai
agensinya tersendiri seperti United Nations Cartographic dan International Cartographic Association.  Peta menjadi nadi kepada masyarakat sejak
dahulu lagi.  Meliputi semua aspek yang
ada peta adalah rujukan yang paling senang dan dapat ditafsir tanpa perlu
melihat secara spesifik.  Arah manusia
atau masyarakat sekarang lebih dinamik dan lebih teratur dengan segala yang ada
pada masa kini.  Sekarang kita dapat
berhubung dengan satu sama lain melalui kaedah menggunakan peta ke kawasan yang
lain.  Begitu juga dengan lebuhraya dan
jalan raya masa kini.  Semasa musim
perayaan menjadi amalan masyarakat di negara kita untuk balik ke kampung
halaman mereka.  Bermula dari perancangan
dengan melihat peta jalan raya yang sedia ada maka mereka dapat berhubung
dengan sanak saudara di kampung.  Apatah
lagi mengelak daripada kesesakan lalu lintas. 
Berpandukan kepada sumber yang tepat tidak hairanlah kesesakan lalu
lintas dapat dielak dengan hanya menggunakan jalan alternatif yang ada pada
peta yang diguna oleh mereka.

Tidak terkecuali juga apabila musibah
melanda kawasan seperti bencana alam dan sebagainya.  Peta berperanan menjadi sumber kepada manusia
mencari tempat perlindungan semasa bencana alam berlaku.  Sewaktu berlakunya banjir, peta hazard banjir
menjadi rujukan kepada sesiapa sahaja untuk mengetahui dimanakah tempat yang
terkesan dengan masalah banjir.  Hasil
kajian dan penyelidikan oleh agensi-agensi yang bertanggungjawab maka situasi
atau risiko banjir sedikit sebanyak dapat dikawal.  Melalui pemetaan tempat-tempat tentu,
maklumat itu akan terus sampai kepada masyarakat dan mereka akan mengetahui
apakah langkah-langkah seterusnya apabila menghadapi musim banjir atau bencana
alam yang lain.

Peta tidak terikat kepada rujukan
melihat sesetengah kawasan.  Peta
memainkan peranan yang penting dalam kehidupan manusia (Nancy,2016) dan memberi persepktif kepada masyarakat untuk menilai
bahawa peta inilah sumber maklumat kepada mereka.

x

Hi!
I'm Joan!

Would you like to get a custom essay? How about receiving a customized one?

Check it out