Dalam penyedia perkhidmatan ini perlu memastikan mereka komited dan

Dalam era globalisasi, perkhidmatan awam seperti bas semakin popular
dikalangan penduduk di Malaysia sebagai satu kemudahan pengangkutan yang dapat
menghubungkan dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Malahan, perkhidmatan
bas kini telah menjadi perkhidmatan pilihan sejajar dengan pelbagai pembaharuan
yang dilakukan bagi memenuhi kepuasan dan keselesaaan penumpangnya. Oleh itu,
bertepatan dengan kajian yang dilakukan dalam melihat persepsi pelajar UUM
terhadap perkhidmatan bas ekspress laluan Pantai Timur akan mengupas dari segi
kemudahan yang disediakan, turut menyentuh mengenai isu dan masalah yang
berkaitan dengan perkhidmatan yang diberikan kepada pelajar UUM.

 

Dalam penyediaan kemudahan perkhidmatan bas terutamanya perlu
menitikberatkan kemudahan yang selesa dan tidak sukar kepada penumpang kerana
mereka menggunakan perkhidmatan ini sebagai memudahkan perjalanan (Mohamad
Nazri Jaafar, 2014). Sehubungan dengan itu, kemudahan yang disediakan seperti
keselamatan, kebersihan, persekitaran dan keselesaaan perlu diberi perhatian
oleh semua pihak bagi mengelak berlakunya sebarang kemalangan dan kemudaratan
kepada penumpang khususnya pelajar UUM.

We Will Write a Custom Essay Specifically
For You For Only $13.90/page!


order now

 

Secara umumnya, dalam mengendalikan kenderaan yang berimpak tinggi seperti
bas express boleh menyebabkan kecederaan dan kemalangan sekiranya tiada
langkah-langkah pencegahan dalam menanganinya. Bahkan, perkhidmatan bas
terutamanya bas express turut berisiko kerana keselamatan penumpang terutamanya
pelajar UUM terletak kepada pemandu dan kenderaan tersebut. Oleh yang demikian,
pelbagai isu dan masalah seperti ketepatan masa, keselamatan, sikap pemandu,
keadaan persekitaran bas dan penyelenggaraan bas turut disentuh dalam kajian
ini.

 

 

 

 

  

2.1.       Kemudahan
Perkhidmatan yang Disediakan

 

Perkhidmatan bas express yang disediakan oleh syarikat-syarikat penyedia
perkhidmatan ini perlu memastikan mereka komited dan sentiasa mengambil
pendekatan yang berkesan dalam menangani sebarang masalah berkemungkinan
berlaku yang melibatkan orang awam.

 

2.1.1.      Kemudahan
Keselamatan

 

Perjalanan dari Universiti Utara Malaysia menggunakan bas
express laluan Pantai Timur merupakan satu perjalanan yang panjang dan
meletihkan. Oleh itu, pemandu perlu memastikan mereka sentiasa berada dalam
keadaan baik sama ada dari segi mental atau emosi. Seperti yang termaktub dalam
Pekeliling Bil. 6 Tahun 2013 (S.P.A.D, 2013), 
pemegang lesen pengendali dan pemegang lesen bas persiaran perlu
mematuhi Kod Amalan Industri S.P.A.D dari segi keselamatan dalam memberikan dan
menyediakan perkhidmatan pengangkutan awam yang selamat, responsif, boleh
diharapkan, kemudahan akses, mempunyai kecekapan yang sewajarnya, terancang dan
bersepadu serta mapan.

 

Sehubungan dengan itu, pengendali bas express seharusnya
memastikan pelajar UUM sentiasa berada dalam selamat dengan mempastikan bas
tersebut diselenggara dengan baik. Bas express yang menggunakan laluan Pantai
Timur perlu mempunyai jadual yang bersesuaian agar penyelenggaraan bas dapat
dilakukan dengan baik tanpa menjejaskan perkhidmatan yang disediakan oleh
syarikat. Selain itu, jadual penyelenggaraaan ini perlu di kawal selia oleh
pegawai yang bertanggungjawab bagi memastikan pemandu mengikut ketetapan
penyelenggaraan yang ditetapkan oleh syarikat.

 

 Selanjutnya,
penyediaan pemandu ke-dua dilihat sebagai satu inisiatif dalam langkah
keselamatan bagi membantu pemandu mendapatkan rehat yang secukupnya dengan
bergilir-gilir memandu. Bagi perjalanan malam, syarikat perlu memastikan
pemandu yang dijadualkan untuk memandu bas express berada dalam keadaan baik
seperti tidak mempunyai masalah kesihatan, mempunyai penglihatan yang baik dan
sebagainya bagi mengelak sebarang kemungkinan yang berlaku.

 

2.1.2.      Kemudahan
Kebersihan

 

Kebersihan merupakan aspek yang penting dalam kehidupan,
bahkan dalam perkhidmatan bas express juga perlu menitikberatkan kebersihan
dalam penyediaan perkhidmatan mereka kepada penumpang khusunya pelajar UUM.
Tambahan lagi, sekiranya kebersihan bas tidak dijaga dengan baik akan
menjejaskan nama baik dan imej syarikat. Bagi menempuh perjalanan yang jauh dari
Universiti Utara Malaysia menggunakan bas express ke laluan Pantai Timur,
kebersihan dalaman bas amat penting kerana ia boleh menganggu keselesaan
penumpang.

 

Kebersihan merupakan salah satu cabang kepada kesihatan.
Pelajar UUM yang berada dalam keadaan bas yang kotor, berhabuk dan tidak terurus
akan memberi kesan kepada kesihatan mereka. Menurut Nooraza Othman dan Rohani
Abu Bakar (2017), pekerja khususnya pemandu bas express perlu mengintegrasikan
diri mereka dengan amalan keselamatan dan kesihatan sebagai amalan dalam
aktiviti harian mereka. Dalam ertikata lain, dalam memastikan kesihatan dan
keselamatan penumpang sentiasa terjamin, pemandu perlu memastikan mereka
mengamalkan aspek kebersihan dalam penjagaan keadaan bas yang dikendalikan oleh
mereka.

 

2.1.3.      Kemudahan
persekitaran

 

Seterusnya dengan menyentuh mengenai kemudahan
persekitaran bas express, pengendali bas express seharusnya peka dengan keadaan
dan persekitaran bas yang baik dan kondusif. Penyediaan seperti tempat duduk
yang selesa, ruang menunggu yang luas, kemudahan tandas dan bilik air yang
dijaga dengan baik serta beberapa 
kemudahan yang lain. Persekitaran stesen bas express yang baik dapat
memberikan keselesaan kepada pelajar UUM khususnya yang menggunakan bas express
laluan Pantai Timur.

 

Disamping itu, sekiranya pengendali bas express laluan
Pantai Timur tidak menyediakan persekitaran yang baik kepada pelajar UUM
seperti kebocoran bumbung yang tidak diperbaiki, kerusi yang patah tidak
diganti, tempat menunggu bas yang jauh dari tempat menaiki bas dan sebagainya,
ini sudah tentu mendatangkan masalah kepada pelajar UUM dan penumpang yang lain
kerana terpaksa berdiri dengan bebanan yang banyak, basah akibat tempias hujan
dan terpaksa berjalan jauh dengan membawa bebanan yang banyak ke tempat menaiki
bas. Ini dilihat sebagai sesuatu yang tidak praktikal dengan keadaan dan
persekitaran yang seharusnya disediakan oleh pengendali bas express.

 

Zulkifli Jalil (2015), Malaysia sebelum ini tidak
mempunyai satu badan yang mampu membuat perancangan dan dasar serta membina
kerangka hala tuju dalam pengangkutan awam bagi masa depan. Persekitaran yang
kondusif dan baik juga merupakan salah satu dasar kepada hala tuju dalam
pengangkutan awam. Oleh itu, pentingnya untuk menyediakan persekitaran yang
baik kepada penumpang di Terminal Bas atau di dalam bas express.

 

2.1.4.      Kemudahan
Keselesaan

 

Jika ditinjau daripada aspek keselesaan pula,
pengangkutan awam seperti bas express perlu memberi jaminan bahawa pengendali
bas express dapat menjamin keselesaan penumpang kerena perkhidmatan yang
disediakan oleh mereka adalah terbaik daripada perkhidmatan bas awam yang lain
seperti bas henti-henti, bas lapangan dan lain-lain perkhidmatan. Malahan, bas
express laluan Pantai Timur dari Universiti Utara Malaysia pasti akan menempuh
pelbagai cabaran seperti kesesakan lalu lintas, jalan yang tidak sekata,
kemalangan jalan raya, pembebasan asap kenderaan yang berleluasa dan sebagainya
pasti akan membuatkan penumpang khususnya pelajar UUM hilang sabar, penat dan
letih ditambah pula dengan kondisi bas yang tidak selesa.

           

Oleh itu, sebagaimana pendekatan yang digunakan oleh
kerajaan dalam memastikan keselesaan kepada penumpang pengangkutan awam adalah
dengan menambah dana yang bertujuan membantu pihak pengendali bas untuk terus
berdaya saing dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada orang awam
disamping menjadi hasrat kerajaan dalam menggalakan penduduk Malaysia terus
menjadikan perkhidmatan awam sebagai pilihan no. 1 mereka (Mohd Anwar Patho
Rohman, 2017).

 

2.2.       Isu
dan Masalah

 

Pada realitinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa perkhidmatan bas
express yang disediakan oleh syarikat pengendali bas komited dalam menjamin
keselamatan dan keselesaan penumpang mereka. Namun begitu, beberapa isu dan
masalah yang melibatkan bas,  pemandu dan
penumpang perlu diberi perhatian kerana syarikat tidak boleh hanya memikirkan
keuntungan yang mereka dapat sahaja, mereka juga perlu memikirkan pendekatan
yang boleh dilakukan agar pelbagai perkara yang tidak diingini berlaku dapat
dielakkan. Justeru itu, dalam mengupas mengenai ketepatan masa, aspek
keselamatan, sikap pemandu, meninjau keadaan dan persekitaran bas serta
penyelenggaraan bas turut akan dirungkaikan dalam kajian ini.

 

2.2.1.      Ketepatan
masa

 

Bagi sesetengah orang, ketepatan masa perlu diutamakan
dalam menjalankan urusan seharian bahkan ianya penting dalam memastikan urusan
yang dilakukan dapat disiapkan tepat pada masanya. Begitu juga dengan pemandu bas
express yang mana mereka perlu memastikan bas express yang dibawa sampai ke
destinasi yang dituju tepat pada masa yang ditetapkan.  Berikutan itu, mereka perlu memastikan
penumpang dalam keadaan selamat apabila sampai dan bas turut berada dalam
keadaan baik.

           

            Sebagaimana dalam kajian
yang dilakukan oleh Fadilah Mat Nor, Safra Ahmad Sabri dan Khairuddin Khalid
(2014) telah menyatakan bahawa sejajar dengan pertambahan bilangan pelajar pada
masa kini, perkhidmatan perngangkutan perlu mengenal pasti kelemahan dan
kelebihan kualiti perkhidmatan awam yang ditawarkan bagi tujuan penambahbaikan
di masa hadapan. Kesinambungan dengan penyataan di atas, sebagai pengangkutan
utama yang sering digunakan oleh pelajar UUM untuk meneruskan perjalanan ke
Pantai Timur yang sudah menjadi kelaziman bagi pelajar UUM dalam menempuh
perjalanan yang panjang adalah ketepatan masa ketika sampai ke destinasi yang
dituju.

 

Cara pemanduan yang merbahaya boleh mendatangkan risiko
kepada penumpang akibat mengejar masa dan turut meninggalkan impak kepada
pemandu kerana meraka  akan memandu dalam
keadaan tertekan. Ketepatan masa memainkan peranan penting kerana kelewatan bas
sampai ke destinasi yang dituju akan menyebabkan pemandu bas akan mengambil
tindakan memandu secara melulu kerana mengejar trip perjalanan yang seterusnya.
Cara pemanduan yang melulu akan mengakibatkan keselamatan penumpang khususnya
pelajar UUM berada dalam keadaan berbahaya.

 

2.2.2.      Keselamatan

 

Seterusnya, dari aspek keselamatan sama ada pemandu,
penumpang dan orang disekeliling juga perlu diberi perhatian kerana sekiranya
pemandu hilang fokus terhadap pemanduannya akan menyebabkan berlakunya
kemalangan dan sebagainya. Pelbagai usaha perlu dilakukan agar tahap
keselamatan penumpang khususnya pelajar UUM dapat dipertingkatkan lagi. Dalam
konteks pemandu, mereka perlu memastikan mereka dalam keadaan baik dan boleh
mengendalikan bas express dengan selamat. Manakala dari aspek kenderaan yang
digunakan iaitu bas ekspress, perlu dipastikan bahawa bas diselenggara dengan
baik dan mengikut jadual penyelenggaraan. Penumpang juga perlu memainkan
peranan dalam melaporkan kepada pihak yang bertanggungjawab sekiranya pemandu
bas express memandu dengan cara yang boleh mendatangkan kemudaratan dan
merbahaya kepada penumpang.

           

            Bagi mengurangkan
kemalangan yang berlaku di Malaysia, kempen kesedaran dan cara pemanduan
berhemah perlu digunakan oleh kerajaan dalam memastikan perkara yang tidak
diingini berlaku. Menurut Ilah Hafiz Aziz (2013), demi menjamin keselamatan
penumpang, pemeriksaan turut dilakukan kepada pemandu bas untuk melihat tahap
kecerdasan mereka bagi memastikan mereka bukan dibawah pengaruh dadah atau mengambil
sebarang minuman keras ketika memandu malahan, penyamaran oleh anggota JPJ
bertujuan untuk mengesan cara pemanduan dan kesalahan yang dilakukan oleh
pemandu bas dan mereka boleh dikenakan tindakan sekiranya melanggar peraturan
tersebut.

 

2.2.3.      Sikap
pemandu

 

Dalam membahaskan isu yang berkaitan dengan sikap pemandu
dalam perkhidmatan bas express laluan Pantai Timur perlu diberi perhatian yang
sewajarnya kerana sikap yang tidak menyenangkan penumpang akan menjejaskan imej
syarikat pengendali perkhidmatan bas tersebut. Beberapa faktor telah dikenal
pasti berdasarkan rungutan dan aduan penumpang mengenai sikap pemandu seperti
terdapat segelintir pemandu bas tidak menepati masa ketika memulakan
perjalanan. Perkara ini telah menyebabkan mereka memandu secara melulu dan
melanggar peraturan jalan raya.

 

Faktor yang seterusnya adalah sikap pemandu terhadap
layanan kepada penumpang. Sikap seperti acuh tak acuh dan tidak mengendahkan
serta tidak memberikan maklumat yang sepatutnya kepada penumpang adalah perkara
yang tidak seharunya berlaku. Sebagai penyedia perkhidmatan bas express yang
mempunyai persaingan dalam perkhidmatan ini, sikap pemandu sebegini akan
menyebabkan penumpang tidak akan menggunakan perkhidmatan mereka lagi bahkan
lebih memilih syarikat yang mementingkan layanan dan kepuasan pelanggan dari
keuntungan sahaja.

           

            Berikutan dari sikap
pemandu ini juga telah meninggalkan kesan kepada penumpang begitu juga dengan
keadaan kenderaan yang digunakan. Sikap pemandu yang tidak bertanggungjawab
telah mengakibatkan pelbagai kerumitan dan sekiranya sikap ini tidak diubah,
maka ianya akan menjadi sukar ( Sinar Online, 2016).

 

Selain itu, 
pemandu bas seharusnya bijak dalam menangani emosi dan tekanan yang
dihadapi disamping mempunyai sikap yang berhemah dalam pemanduan mereka. Keselamatan
setiap penumpang menjadi tanggungjawab mereka dan layanan yang baik pasti akan
memudahkan perjalanan yang panjang seperti dari Universiti Utara Malaysia ke
Pantai Timur.

 

2.2.4.      Keadaan
persekitaran bas

 

Selanjutnya adalah mengenai persekitaran bas yang
disediakan oleh syarikat pengendali perkhidmatan bas ini. Sebagaimana yang kita
ketahui, persekitaran dan kondisi bas yang teruk akan memburukkan lagi keadaan
serta boleh mengundang pelbagai kemungkinan yang berlaku. Oleh yang demikian,
syarikat perkhidmatan bas perlu memastikan bas diselenggara mengikut jadual selain
memastikan persekitaran bas juga berada dalam keadaan yang baik.

 

Dalam penyediaan persekitaran bas yang baik, pelbagai
usaha perlu dilakukan dalam memastikan jaringan sistem pangangkutan berada
dalam tahap yang boleh dibanggakan oleh masyarakat Malaysia. Tambahan pula,
pengangkutan awam kini menjadi pilihan masyarakat Malaysia bagi tujuan mereka
sendiri. Pergerakan melalui perkhidmatan awam terutamanya bas express
memudahkan mereka untuk menempuh perjalanan yang jauh selain menjimatkan
kos-kos lain sekiranya menggunakan kenderaan sendiri dan menghadapi kesesakan
lalu lintas.

 

Melihat dari perseptif yang berbeza, pemilihan dan
penggunaan bas express oleh pelajar UUM yang mengikuti laluan ke Pantai Timur
merupakan satu pendekatan yang mudah kerana para pelajar ini tidak perlu
mengeluarkan kos pengangkutan yang tinggi selain hanya perlu membayar harga
tambang bas sahaja. Malahan mereka turut mendapat keselesaan dari segi tempat
duduk dan sebagainya. Semua ini pasti memudahkan pemandu dan syarikat
pengendali perkhidmatan bas express sekiranya mereka komited dalam penyediaan
mengikut kepuasan dan keselesaan penumpang.

 

            Rohami Shafie (2016),
Malaysia mempunyai sistem pengangkutan yang baik malahan lebih moden dan
canggih seiring dengan peredaran masa. Kerajaan telah memperuntukan RM 70
billion dalam mentranformasikan sistem pengangkutan darat yang merangkumi
perkhidmatan awam sejak tahun 2010 lagi.

 

2.2.5.      Penyelenggaraan
bas (cth bas rosak, aircond
xberfungsi dan sebagainya)

 

Jika diteliti dengan lebih mendalam, penyelenggaraan bas
perlu ditangani dengan mengambil tindakan yang sewajarnya kerana sekiranya bas
tidak diselenggara dengan baik, pelbagai kemungkinan akan berlaku ekoran
kelalaian ini. Malahan, kemudahan perkhidmatan bas express seharusnya perlu
diganti dengan unit-unit yang baru untuk keselesaan dan kemudahan kepada
penumpang. Disamping itu, dalam memastikan syarikat pengendali bas sentiasa
menyelenggara bas mereka, pemantauan dan kawalan piawaian terhadap perkhidmatan
yang disediakan oleh pengendalian pengangkutan perlu dilakukan oleh pihak yang
bertanggungjawab.

           

Penyelenggaran bas meliputi kondisi bas tersebut perlu
dijaga dengan baik dari segi enjin, penghawa dingin, ruang tempat duduk
penumpang dan pemandu, kebersihan dalaman bas tersebut dan sebagainya.
Penyelenggaraan ini perlu bagi memastikan bas berada dalam keadaan baik untuk
memulakan perjalanan yang jauh seperti dari Universiti Utara Malaysia menggunakan
bas express laluan ke Pantai Timur. Kejadian bas rosak dan masalah teknikal
yang berlaku boleh menyebabkan kelewatan tiba ke destinasi yang dituju serta
mendatangkan kesulitan kepada penumpang.

 

Cadangan yang diusulkan oleh Tan Sri Lee Lam Thye, setiap
pengusaha perkhidmatan bas perlu menghantar laporan kepada pihak berkuasa bagi
mengelak kelalaian pengendali perkhidmatan bas dalam menyelenggara bas mereka
agar masalah teknikal tidak berlaku ( Wan Syamsul Amly, 2016). Tindakan ini
boleh dianggap sebagai satu tindakan yang proaktif dan langkah ini boleh
diambil oleh sesebuah syarikat demi kepentingan keselamatan jalan raya.

 

 

 

 

 

 

 

2.3.       Rumusan
Bab

 

Daripada penerangan di atas jelaslah bahawa, perkhidmatan bas merupakan
satu perkhidmatan yang sering menjadi pilihan penduduk di Malaysia bagi
memudahkan pergerakan mereka ke destinasi yang ingin di tuju. Pelbagai
kemudahan yang disediakan oleh syarikat pengendali perkhidmatan bas bagi
memastikan keselesaan, keselamatan, kebersihan dan persekitaran yang baik untuk
penumpang mereka pada masa kini. Malahan, kerajaan juga komited dalam membantu
pihak syarikat pengendali perkhidmatan bas dalam meningkatkan pasarana dan
kemudahan yang mereka sediakan.

 

Namun begitu, pelbagai isu dan masalah yang melibatkan pemandu bas sedikit
sebanyak telah menjejaskan nama baik syarikat pengendali bas tersebut malahan,
turut meninggalkan kesan kepada penumpang. Oleh itu, syarikat pengendali
perkhidmatan bas perlu memastikan pekerja terutamanya pemandu bas mempunyai
sikap yang berhemah dan bijak melayani penumpang mereka.

 

Pemilihan dan penggunaan perkhidmatan bas express oleh pelajar UUM ke
laluan Pantai Timur adalah kerana kos dan keselesaan dalam menggunakan
perkhidmatan tersebut. Selain itu, dalam menempuh perjalanan yang panjang dan
kesesakan lalu lintas sudah pasti memenatkan, dengan menggunakan perkhidmatan
bas express yang disediakan oleh syarikat pengendali perkhidmatan bas, mereka
tidak perlu menghadapi semua itu. Pemandu yang sentiasa memastikan keselamatan
dan keselesaan penumpang sudah pasti menjadi pilihan  selain mempunyai sikap yang menyenangkan
pelajar UUM.