Apabila meluas di era kini. Antara jenis-jenis dadah yang

Apabila anda mendengar ungkapan “enam jahanam”
apakah yang anda fikirkan? Adakah itu berjudul filem klasik P.Ramlee atau nama
kumpulan penjenayah yang diburu oleh pihak polis? Rupa-rupanya, ungkapan itu
merujuk kepada enam jenis dadah yang harus diberi perhatian serius kerana penyalahgunaannya
yang meluas di era kini. Antara jenis-jenis dadah yang dikatakan sebagai
“Enam Jahanam” itu ialah heroin, kokain, ecstasy, kanabis, syabu dan
morfin. Berbicara tentang penyalahgunaan dadah, “Dimana Silapnya TLDM? Tetapi
pernahkah kita bertanya kepada diri sendiri apakah yang dimaksudkan dengan
dadah? Dadah merupakan najis yang telah mengancam Negara kita sejak sekian lama
dan isu penyalahgunaan dadah masih kekal menjadi musuh utama Negara. Dadah
secara rasionalnya digambarkan sebagai sesuatu yang negatif dan perlu dijauhi. Penyalahgunaan
dadah berlaku apabila dadah digunakan bukan untuk tujuan perubatan dan diambil
oleh seseorang tanpa pengawasan pihak perubatan yang bertanggungjawab.

Golongan yang merupakan insan yang mampu melakukan
anjakan paradigma suatu hari nanti sering dijadikan sebagai buah mulut rakyat
malaysia mahupun dunia kerana penglibatan diri mereka dalam gejala syaitan ini
yang akan menghancurkan masa depan seseorang mangsa dadah dan imej TLDM
tercalar. Kita diterapkan supaya tidak mendekatkan diri dengan najis dadah
ketika mula-mula memasuki perkhidmatan. Kita yang bakal merealisasikan impian
diri kini telah menjadi seperti iblis bertopengkan manusia kerana kita
menganggap bahawa betapa dadah itu sebagai teman mereka ketika menghadapi
masalah. Sebagai penjelasan, mereka menggunakan dadah untuk menjadikan diri
mereka separuh sedar untuk melupakan segala masalah yang timbul di fikiran
mereka. Selain daripada itu penyebab utama dadah adalah daripada kawan-kawan.
Keadaan menjadi semakin parah apabila pengambilan dadah dikalangan The Navy
People dianggap perkara biasa tetapi mereka tidak sedar bahawa diri mereka
semakin dekat dengan kematian. Adakah mereka akan hidup dengan ceria, harmoni,
dan selesa apabila dipenuhi oleh kesengsaraan yang berlaku kepada diri mereka
sendiri? Dimana silapnya TLDM. Fikirkan.

We Will Write a Custom Essay Specifically
For You For Only $13.90/page!


order now

Sebagai pengarang yang amat mengambil berat dalam hal
yang dibincangkan, saya sering tertanya-tanya adakah mereka yang terlibat dalam
gejala dadah ini akan sedar pada suatu hari nanti akan keburukan jika mendekati
hidangan daripada neraka ini? Kini, mereka yang merupakan individu yang kental
dalam mengharungi onak dan duri kehidupan di dunia yang semakin maju ini akan
tewas akan desakan hantu-hantu manusia yang tidak memberi apa-apa sumbangan
hidup pada bumi hijau ini untuk mencuba najis dadah sepertima yang mereka
lakukan. Kita semua sedar bahawa hidup kita akan ceria tanpa dadah, tetapi
mengapa ramai lagi manusia yang masih terlibat dalam perkara yang semakin
menjadi-jadi ini? Persoalan demi persoalan sering bermain di akal fikiran kita
sendiri, masyarakat, dan tidak lupa juga kepada pihak kerajaan di Malaysia. Hal
ini terbukti bahawa pucuk pimpinan sudah menggembleng tenaga memainkan peranan
dalam menghindarkan dadah daripada kehidupan seharian anggota yang sudah
terjebak dalam gejala yang tidak membawa apa-apa faedah pada masa hadapan.
Untuk membuktikan apa yang telah pihak atasan lakukan, kita sebagai The Navy People ini pasti sedar bahawa
pihak tertinggi telah melakukan berbagai-bagai kempen “Anti Dadah”
tidak kira dimana sahaja. Warga The Navy
People yang dianggap sebagai anggota yang akan mempertahankan perairan
negara kini sudah ramai terpesong ke arah yang lebih kepada kekesalan dan tewas
untuk memperkuatkan diri daripada terjebak mahupun termasuk dalam golongan yang
dipandang hina oleh semua lapisan umur tidak kira kanak-kanak, remaja mahupun
peringkat dewasa. Golongan muda yang terlibat dalam penagihan dadah merupakan
pemuda-pemudi harapan bangsa dan negara dan terjerumusnya mereka dalam alam
khayalan ini mengakibatkan mereka bukan sahaja tidak berguna kepada masyarakat
bahkan diri mereka sendiri.

Sebagai bukti lain, kajian oleh Kementerian Kesihatan
menunjukan kegiatan penagihan dadah lazimnya bermula dengan tabiat menghisap
rokok. Ini kerana tabiat ketagihan dihasilkan oleh unsur nikotin yang terdapat
dalam rokok. Apabila merasakan rokok tidak memberi kepuasan, mereka beralih
kepada ganja dan sekiranya ganja juga tidak memberikeserokan, mereka akan
beralih kepada heroin dan morfin. Kita semua tahu bahawa manusia sememangnya mempunyai
sikap tidak pernah puas dengan apa yang sudah diperolehi. Jelasnya, pencegahan
tabiat merokok juga penting dalam memerangi najis dadah kerana implikasinya
terhadap dorongan untuk mendapatkan dadah. tambahan pula, terdapat banyak
kedai-kedai runcit yang menjual roko seludup dengan harga yang jauh lebih murah
berbanding dengan harga rokok yang diimport. Lantas, anggota harus sedar akan
kesan pengambilan dadah dan keburukan dadah. Ini menyebabkan ramai anggota yang
dianggap sebagai insan kerdil ciptaan tuhan ini lebih mudah untuk mendapatkan
apa yang mereka mahu dengan bermodalkan wang yang sedikit. Mereka menggap
bahawa dengan mengeluarkan wang sedikit tetapi 
dengan kepuasan yang mereka dapat adalah sangat berbaloi. Dimanakah akal
fikiran mereka dan dimanakah salahnya TLDM. Adakah wang gaji yang diterima
tiap-tiap bulan mereka habis dibelanjakan kearah dengan perkara yang boleh merosakan
diri mereka sendiri?

Dengan berfikiran rasional, mereka tentu tidak sanggup
menerima risikonya yang menakutkan. Antara kesan-kesannya ialah mendapat
penyakit meningitis, penyakit jantung, AIDS, Hepatitis B, C dan D, kerosakan
buah pinggang, otot-otot badan mengecut dan berkemungkinan lumpuh. Kesan
fizikal pula ialah apabila sekiranya bekalan dadah tidak diperoleh mereka akan
berasa keluh-kesah, gian dan amat menderita. Jelasnya mereka akan berperang
dengan kematian kerana terdedah dengan penyakit terutamanya penyakit AIDS yang
amat digeruni. Adakah keadaan yang kritikal ini dianggap membawa keceriaan
dalam hidup mereka? Semestinya tidak. pernyataan melayu lama iaitu nasi sudah
menjadi bubur sepatutnya menjadikan diri kita sentiasa lebih bersedia supaya
kita tidak menyesal di kemudian haridalam apa juan situasi mahupun ujian besar
yang diberikan oleh Allah S.W.T.. Kebahagian hidup dan kesengsaraan hidup,
semuanya datang daripada yang Maha Esa.. Mereka yang sudah terjebak dalam
gejala najis dadah ini sudah pastinya tidak mendapat didikan agama yang cukup
untuk mengawal nafsu ingin mencuba perkara yang dilarang sekeras-kerasnya oleh
sesiapa sahaja.

  Hampir 205 juta orang di seluruh dunia
menggunakan dadah yang diharamkan. Di negara ini pula, kerajaan merekodkan
seramai 300,241 pengguna dadah bergiat aktif antara tahun 1998 hingga 2017 dan
20.06 peratus daripadanya merupakan penghidap virus HIV positif. Berdasarkan
data yang dikumpul oleh Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), sebanyak 97 peratus
terdiri daripada penagih lelaki dan selebihnya wanita. Statistik ini
menunjukkan ancaman penagihan najis dadah telah merosakkan masyarakat di Negara
ini sekian lamanya. Gejala ini telah menular ke segenap pelusuk negeri dan
daerah dinegara ini tidak kira peringkat umur tua atau muda, yang mengejutkan
lagi sebilangan penagih yang terlibat adalah dari warga Angkatan Tentera
Malaysia.

Warga  Angkatan
tentera Malaysia amnya dan Tentera Laut Diraja Malaysia khasnya turut tidak
terkecuali daripada terjebak dengan amalan tidak sihat ini.Gejala ini mesti
dibendung dan di benteras daripada terus menular dikalangan warga  The
Navy People. Masyarakat secara umumnya amat mengambil berat dan menaruh
kepercayaan penuh terhadap kredibiliti yang mana bukan sahaja untuk pertahanan
Negara tetapi sebagai ‘role model’ kepada anak-anak remaja yang sedang mencari
dan membina jati diri. Ini adalah kerana imej dan penampilan yang ditunjukkan
oleh setiap anggota tentera mempamirkan kekentalan disiplin yang mana
menzahirkan produktiviti yang dihasilkan oleh TLDM keseluruhannya. Kebanggaan
ini dapat dirasai oleh setiap lapisan masyarakat tanpa ragu-ragu.

Khalayak sedia maklum, sebelum seseorang belia itu
bergelar tentera, mereka dibesar, dididik dan bergaul dalam suasana yang
pelbagai  sekurang-kurangnya selama 18
tahun. Amanah yang besar yang perlu ditanggung oleh organisasi TLDM ialah untuk
membentuk dan melatih modal insan yang datang dari pelbagai bentuk perangai
untuk menjadi operator perang yang berkualiti. Walaupun ATM mempunyai makanisma
(KAGAT dan Kaunselor) yang mencukupi bagi melaksanakan proses pemurnian
perangai modal insan ini namun bak kata pepatah ‘ Nak melentur buluh mestilah
dari rebungnya’.

Fenomena salah laku segelintir anggota Angkatan tentera
Malaysia amnya dan Tentera Laut Diraja Malaysia khasnya dewasa ini sering
diperkatakan samada media cetak dan elektronik.Penyalah gunaan  najis dadah sudah menjadi ancaman yang tidak
lagi boleh dipandang ringan walaupun usaha dan pemantauan sentiasa dipergiat.
Banyak faktor-faktor yang mendorong anggota terlibat didalam kancah najis dadah
ini antaranya ingin mendapatkan keseronokan, Pergaulan yang bebas, Tekanan
perasaan dan sebagainya.Bila dikaitkan dengan salah laku, yang mana membawa
persepsi dan tohmahan yang tidak baik dikalangan masyarakat yang secara tidak
langsung walaupun sebilangan kecil atau terpencil namun boleh menjejaskan nama
baik sesebuah unit khususnya dan membawa imej buruk The Navy People.

Oleh yang demikian, Langkah-langkah yang berkesan perlu
diambil bagi membendung gejala ini daripada terus merebak di kalangan The Navy People. Tindakan yang berkesan
memerlukan penglibatan seratus peratus daripada semua anggota dan unit-unit di
bawah naungan. Ceramah dan kempen kesedaran betapa pentingnya menjauhi najis
dadah adalah salah satu platform yang terbaik dan perlu direalisasikan disetiap
unit. Melalui dengan cara ini anggota secara tidak langsung akan mendapat
pendekatan betapa pentingnya menjauhi najis dadah dan kesannya terhadap
perkhidmatan mereka. Tujuan kempen ini dijalankan adalah untuk
menimbulkan kesedaran terhadap anggota tentang kesan utama dadah ke atas
mereka. Kempen tersebut turut mengingatkan anggota bahawa pendidikan yang baik
dan skil menjalani kehidupan positif adalah penting bagi mendidik tentang
kesan-kesan buruk pengambilan dadah di samping membantu mereka mengelakkan diri
daripada terlibat dengan pengambilan ‘najis’ tersebut.
Kempen dan ceramah ini perlu di adakan dengan lebih kerap bagi memastikan
objektif yang diperlukan tercapai.

Selain itu, kita mengetahui rakan merupakan tempat
mengadu masalah dan meluahkan perasaan, sebagai rakan yang mengambil perhatian,
mereka akan membantu rakan mereka untuk menyelesaikan masalah. Namun disini,
Titik mulanya seseorang itu menghisap dadah adalah apabila rakan mereka yang telah
terjerumus ke kancah dadah cuba mengajak mereka terlibat sama. Mengikut sumber
agensi dadah kebangsaan (AADK), 54.21 peratus penagih dadah berpunca daripada
pengaruh rakan. Oleh hal yang demikian, Anggota perlulah bijak memilih rakan.
Anggota perlu memantapkan diri mereka dengan jati diri yang kukuh bagi
menghadapi arus rintangan yang cuba untuk merobohkan jati diri mereka.Ingatlah
peribahasa melayu yang mengatakan janganlah sudah terhantuk baru hendak
terngadah yang bermaksud janganlah sudah terlibat dengan gejala dadah baru
hendak menyesal.

Disamping itu, Kesedaran diri anggota penting untuk
menjauhi najis dadah, kesedaran diri ini penting untuk membentuk minda yang
positif agar sentiasa membuat sesuatu dengan pemikiran rasional. Salah satu
tunjang utamanya ialah Penerapan ilmu agama dalam diri dan pendekatan diri
kepada TUHAN, dapat membantu mengelakkan diri anggota terjerumus kekancah
dadah. Kelas-kelas agama, syarahan tentang keburukan pengambilan dadah dan
sebagainya hendaklah kerap dilaksanakan. Disamping itu,secara tidak langsung
dapat menerapkan nilai-nilai murni dikalangan anggota dan dapat mengisi masa
dengan sebaiknya. Jesteru itu, juragan di setiap unit hendaklah memastikan
kehadiran anggota adalah maksimum demi kebaikan anggota seterusnya mencapai
objektif diinginkan. 

Lazimnya, Anggota yang terlibat dalam kancah dadah dapat
dilihat dari segi tingkah lakunya, Contoh yang paling ketara dapat dilihat
adalah dari segi ketrampilan dan disiplinnya, Disini anggota lain perlu
mewujudkan kerjasama diantara satu sama lain, hal ini bertujuan supaya anggota
sentiasa berganding bahu bagi membenteras penyalahgunaan dadah dikalangan
anggota. Sebagai contoh, Rakan-rakan anggota yang bermasalah perlu mematai
serta bertindak pantas dalam melaporkan kegiatan-kegiatan yang
mencurigakan.Dengan cara itu, tindakan dapat diambil dengan segera agar parasit
di dalam The Navy People dapat
dibuang supaya tidak merebak kepada anggota yang lain. Oleh yang demikian,
kerjasama dikalangan anggota perlu ditingkatkan agar objektif ini tercapai demi
menjaga maruah The Navy People.

Selain itu, faktor utama anggota terjerumus ke kancah
dadah mungkin adalah disebabkan tekanan, Masalah keluarga yang
berpanjangan,Tekanan kerja dan sebagainya.Ini akan mengakibatkan anggota akan
mencari jalan mudah untuk melupakan masalah dengan terjerumus ke kancah dadah
yang kononya mencari ketenangan jiwa.Oleh itu, tindakan awal perlu bagi
membantu anggota ini mengatasi masalah yang dihadapi, antaranya mewujudkan
pusat kaunseling bagi membantu anggota mencari jalan penyelesaian terbaik,
Samaada menyelesaikan masalah peribadi, Masalah ditempat kerja dan sebagainya.
Kewujudan pusat kaunseling ini perlu bagi memastikan moral anggota sentiasa
berada pada tahap yang baik untuk menjalankan tugas dan tanggungjawab yang
telah diamanahkan.

Sebagai kesimpulannya, perkara-perkara ini bukan mudah
untuk dilaksanakan tanpa sokongan daripada semua pihak yang terlibat. Anggota The navy people perlu berganding bahu
bagi mencegah dan membenteras gejala dadah ini sehingga ke akar umbi. Sebagai
anggota The Navy People, harapan
bangsa tiang Negara, Biarlah kita hidup tanpa dadah.Janganlah disebabkan ‘Nila
Setitik, rosak susu sebelanga’ kerana nagara kita adalah contoh dalam kalangan
Negara islam yang terkenal dengan nilai-nilai murni yang tinggi.Kita tidak mahu
masalah penyalahgunaan dadah ini mencemar nama baik ATM amnya dan The Navy People Khasnya.

”SEDIA BERKORBAN”